KELAS PELAN KONTIJENSI PENGOPERASIAN PERTAHANAN PANGKALAN AKADEMI TENTERA UDARA

IMG 20220909 WA0021 IMG 20220909 WA0014 IMG 20220909 WA0018
IMG 20220909 WA0020 IMG 20220909 WA0019 IMG 20220909 WA0007

 

IPOH, 9 Sep 22 – Skuadron 223 HANDAU, Akademi Tentera Udara (ATU) telah melaksanakan kelas penerangan Pelan Kontijensi Pengoperasian Pertahanan Pangkalan di Auditorium Nuri yang melibatkan penyertaan daripada seluruh warga akademi. Kelas berkenaan diadakan sebagai mematuhi Arahan Latihan dan Kompetensi (TCI) yang terkandung di dalam Arahan Interim PU 5310 - Manual Pasukan Pertahanan Darat TUDM.

Pensyarah Jemputan dari Pasukan Khas TUDM (PASKAU), Pangkalan Udara Jugra iaitu Mej Hasnizam bin Harun TUDM telah dijemput bagi menyampaikan syarahan tersebut. Kelas TCI berkenaan dibahagikan kepada tiga (3) aspek yang merangkumi Arahan Operasi, Pengertian PELAN TAHAN serta Tatacara dan Prosedur Perlaksanaan PELAN TAHAN. Kelas yang berlangsung selama sehari itu turut dihadiri Komandan ATU, Kol Junairi bin Baharom TUDM dan barisan eksekutif dari setiap cawangan.

Pelaksanaan kelas tersebut diharapkan dapat memberi pendedahan secara terperinci kepada warga ATU supaya mereka mendapat gambaran jelas mengenai peranan dan tanggungjawab di peringkat taktikal malah sentiasa bersiap siaga sekiranya PELAN tersebut diaktifkan. Kelas tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderamata penghargaan kepada pensyarah jemputan yang disampaikan oleh Komandan Akademi.