PUTRAJAYA, 27 Feb - Kejohanan Tembak IPSC “International Practical Shooting Confederation” Polis Diraja Malaysia 2022 telah berlangsung dari 19 hingga 27 Februari 22 yang lalu bertempat di Lapang sasar Sasaran Shapadu, Putrajaya. TUDM juga tidak ketinggalan menyertai kejohanan Piala PDRM Open IPSC Level II ini dengan penyertaan seramai tujuh (7) penembak bersama Tim IPSC RMAF Skyhawks yang berentap di dalam “Standard Division”. Walaupun kejohanan seumpama ini tertangguh lebih dua (2) tahun, sejak Piala Tunku Laksamana Kedah yang kali terakhir diadakan pada Februari 2020, namun saingan yang mencabar oleh setiap pasukan yang bertanding meletakkan Tim IPSC Skyhawks di tangga kelima kumpulan Standard Division. Penyertaan penembak IPSC TUDM kali ini menjadi platform peningkatan kompetensi penembak selepas mengharungi fasa pandemik COVID-19 serta melahirkan barisan pelapis baharu penembak IPSC TUDM di kalangan operator PASKAU.