KEJAYAAN TALO MENGGUNAKAN PESAWAT A400M, BUKTI KEMAMPUAN DAN KEBOLEHOPERASIAN TUDM KE SUATU TAHAP YANG LEBIH TINGGI

1 2 3
4 5 6

 

SUBANG 17 Julai 2025 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui No. 8 Skuadron telah berjaya melaksanakan percubaan Tactical Air Land Operation (TALO) menggunakan pesawat A400M di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

TALO merupakan satu kaedah strategik dalam doktrin operasi udara yang melibatkan penghantaran pasukan tempur, sokongan logistik atau aset penting terus ke kawasan operasi menggunakan pesawat angkut taktikal. Ia biasanya dilaksanakan melalui pendaratan taktikal di kawasan yang telah ditetapkan, sama ada dalam situasi peperangan, kecemasan atau misi bantuan kemanusiaan. Pesawat seperti A400M memberikan keupayaan optimum untuk melaksanakan misi ini dengan kemampuan membawa muatan yang lebih besar.

Operasi ini menandakan satu lonjakan penting kepada TUDM dalam memperkasakan keupayaan dan kebolehoperasian operasi udara. Kejayaan ini juga mempamerkan keberkesanan dalam perancangan dan koordinasi bersepadu yang telah dilaksanakan oleh MPOU, MAWILUD 1, No 8 Skuadron, CAAM, MAHB dan BOPKP.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN