KARNIVAL PENDIDIKAN BAKAT UDARA ZON UTARA : PENDIDIKAN KESEJAHTERAAN KELUARGA ATM

IMG 20240611 WA0010 IMG 20240611 WA0011 SAVE 20240611 122441
IMG 20240611 WA0009 IMG 20240611 WA0006 SAVE 20240611 122415

 

IPOH, 8 Jun 24 - BAKAT Akademi Tentera Udara telah menganjurkan Karnival Pendidikan bagi BAKAT Zon Utara yang bertemakan Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) di Dewan Rajawali, ATU. Seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada 50 orang anggota bujang dan 50 orang peserta secara berpasangan telah hadir ke karnival ini. Para peserta yang terlibat adalah daripada tiga unit TUDM di Zon Utara iaitu PU Butterworth, Kolej Tentera Udara (KTU), Pusat Hospitaliti TUDM dan Akademi Tentera Udara (ATU).

Karnival ini merupakan salah satu inisiatif BAKAT Udara dengan kerjasama Jabatan Arah Pendidikan ATM dalam mendukung Plan Strategik MINDEF (PSM) 2021-2025-Teras 3 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga ATM. Malah karnival ini juga seiring dengan Tonggak Ke-6 Perintah Ulung Panglima Tentera Udara untuk meningkatkan Kebajikan Sosial dan Kelestarian Warga TUDM. Terdahulu, penganjuran Karnival Pendidikan BAKAT Udara Zon Tengah telah pun dilaksanakan di PU Subang pada bulan Disember 2023.

SAVE 20240611 122423 SAVE 20240611 122432 SAVE 20240611 122451
SAVE 20240611 122458 SAVE 20240611 122447 IMG 20240611 WA0008

 

Karnival telah dimulakan dengan ceramah pembukaan yang bertajuk Bina Kebahagiaan Melalui Energi Cinta yang disampaikan oleh Lt Kol Dr Azri bin Mokhtar, Ketua Sektor Penyelidikan & Pembangunan, Jabatan Arah Pendidikan ATM sebagai penghayatan matlamat para peserta dalam mendirikan rumah tangga. Kemudian diikuti dengan ceramah-ceramah daripada lima modul Program PKK yang telah disampaikan oleh pegawai dan anggota KPA (Pendidikan). Selain daripada ceramah PKK, para peserta turut disajikan dengan ceramah oleh Giat MARA serta pameran dan jualan oleh ahli-ahli BAKAT ATU. Karnival ini diakhiri dengan ucapan penutupan oleh Pn Hjh Ruziati Bibi binti Hassan, Pengerusi BAKAT ATU. Turut hadir dalam Karnival Pendidikan ini ialah Pengerusi BAKAT PU Butterworth dan KTU, iaitu Puan Siti Norazlina binti Ismail serta Lt Kol Nesam Banu binti Mohamad Fahmi TUDM.

Sepanjang karnival ini berlangsung, semua peserta telah memberikan interaksi yang positif dan proaktif. Diharapkan semua peserta dapat mempraktiskan ilmu dari perkongsian yang telah disampaikan di samping dapat mendidik serta memupuk semangat sayangi keluarga, tanggungjawab keluarga dan hormat keluarga seiring dengan pelan kesejahteraan keluarga di peringkat nasional dan ATM dalam memantapkan keutuhan rumah tangga dan kesejahteraan keluarga seiring dengan kecemerlangan kerjaya anggota TUDM khasnya dan ATM amnya.

#Pendidikan
#Profesionalisme
#BAKATATU
#BAKATUdara
#BAKATATM