INSPRA MEMERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR TAHUN 1445 HIJRAH

01 02 03

 

KUANTAN, 19 Jul 23 - Seramai 40 anggota INSPRA telah dijemput bagi memeriahkan Majlsi Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1445 Hijrah bertempat di Dewan Bandaraya, MBK, Kuantan. Majlis telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sambutan Maal Hijrah pada tahun ini bertemakan Perpaduan Teras Malaysia Madani dimulakan dengan bacaan doa oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang dan persembahan nasyid oleh kumpulan Awla.

Seterusnya ceramah Maal Hijrah oleh YH Dato' Ustaz Mohd Kazim bin Elias Al-Hafiz dan diikuti dengan persembahan ucapan YB Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang, YB Dato' Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad selaku Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang. Anggota INSPRA juga berpeluang beramah mesra bersama Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang semasa sesi jamuan tengah hari dan sesi bergambar.