GAMBANG, 9 Jun 23 – Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah melaksanakan Program Jiwa Murni di Klinik Pergigian Gambang. Program ini melibatkan seramai 31 pegawai dan anggota INSPRA serta 14 orang staf perubatan Klinik Pergigian Gambang.
Objektif program ini adalah bagi membantu staf perubatan Klinik Pergigian Gambang dalam memindahkan peralatan perubatan, perabot dan dokumen ke bangunan sementara.
Pemindahan dijalankan bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan klinik dapat dilakukan. Gotong-royong di tempat pergigian sementara juga dijalankan supaya klinik dapat beroperasi secepat mungkin agar masyarakat setempat mendapatkan rawatan pergigian seperti biasa. Pihak Klinik Pergigian Gambang turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan INSPRA atas bantuan dan khidmat yang telah diberikan.