IBADAH KORBAN DI AKADEMI TENTERA UDARA IPOH

1 2 2 3 3 3
4 1 5 6 1

 

IPOH, 22 Jul 21 - Komandan Akademi Tentera Udara (ATU), Kol Baharudin bin Abu Hassan TUDM telah hadir bagi menyaksikan ibadah korban yang dilaksanakan di sekitar Surau Al-Hawa'iyah, ATU.

Ibadah korban tersebut dimulakan dengan gimik penyerahan pisau sembelihan daripada Komandan kepada Pegawai Agama ATU, Kapt Suher Wajdi bin Abdul Rahman sebagai simbolik ibadah korban tersebut dimulakan. Sebanyak tiga ekor lembu dikorbankan dan dilaksanakan dengan penglibatan petugas-petugas yang terhad serta mengikut SOP yang telah digariskan.

Komandan ATU mengakhiri ibadah korban tahun ini dengan mengagihkan daging korban serta sumbangan keperluan harian kepada asnaf di sekitar Akademi dan mengagihkan daging korban secara pandu lalu kepada warga Akademi.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer