HARI PERTAMA PANGLIMA WILAYAH UDARA 2 MEMULAKAN TUGAS

2 3 4
6 8 9

 

LABUAN, 11 Sep 24 – Brig Jen Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM secara rasminya memulakan tugas sebagai Panglima Wilayah Udara 2 (PANGWILUD 2) setelah mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Mej Jen Dato’ Wan Amin Hafiz bin Wan Mahmud TUDM pada 9 Sep 24.

Acara dimulakan dengan ketibaan PANGWILUD 2 di ruang legar Markas Wilayah Udara 2 dan disambut oleh Ketua Staf MAWILUD 2, Brig Jen Rozainy bin Ahmad Rapiee@Rofie TUDM dan seluruh warga MAWILUD 2.

Seterusnya beliau telah diberi penghormatan untuk menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kuarter. PANGWILUD 2 selanjutnya diperkenalkan dengan semua Pegawai dan Staf MAWILUD 2 dan diakhiri dengan bacaan doa.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer