![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 15 April 2025 – Pangkalan Udara Subang telah menganjurkan Hari Pengajian Kewangan di Dewan Auditorium AWC, Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU). Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan kewangan dalam kalangan warga anggota tentera di PU Subang.
Acara ini telah diserikan dengan kehadiran beberapa penceramah jemputan daripada institusi-institusi kewangan utama, di antaranya adalah Affin Bank yang telah menyampaikan ceramah mengenai pengurusan kewangan peribadi, memberi panduan praktikal bagaimana mengurus bajet, simpanan dan pelaburan secara bijak.
Selain itu, wakil penceramah dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pula telah berkongsi maklumat penting berkaitan kesedaran cukai, termasuk kepentingan pemfailan cukai tahunan, pematuhan undang-undang percukaian dan cara pengisian e-filing.
Seterusnya, pihak Koperasi Tentera telah memberi penerangan tentang produk kewangan dan kemudahan pinjaman khusus untuk anggota tentera dan juga faedah insurans yang dikeluarkan oleh pihak Koperasi Tentera.
Bagi memudahkan urusan dan pertanyaan lanjut, beberapa kaunter perkhidmatan turut dibuka sepanjang program berlangsung.
Program ini menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada anggota, dan diharapkan inisiatif sebegini dapat membantu mereka membuat keputusan kewangan yang lebih bijak dan berinformasi pada masa hadapan.