KINRARA, 28 Okt 21 – Institut Latihan Pengurusan Materiel INSMAT TUDM Kinrara telah mengadakan Hari Keselamatan bagi tahun 2021 bertempat di INSMAT TUDM Kinrara. Hari Keselamatan ini dianjurkan oleh Peserta Kursus Pengurusan Material dan Pengendalian Gudang Siri 98/21. Upacara Perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Omar Zai Bin Abas TUDM di perkarangan Padang Kawad INSMAT.
Sempena Hari Keselamatan tersebut, beberapa program yang melibatkan Agensi Luar telah dilaksanakan iaitu Pertunjukan dan Pameran oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Selangor, Pameran oleh SMART Malaysia, Pameran oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Program Derma Darah oleh Pusat Darah Negara (PDN), Ceramah Motivasi oleh Kaunselor KPJ Healhcare Univercity College dan Ceramah Integriti oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM.
Hari Keselamatan yang dijalankan ini bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dalam aspek keselamatan disamping memberi kesedaran kepada anggota berkaitan keselamatan dan membudayakan budaya keselamatan dikalangan anggota TUDM. Program yang berlangsung ini telah mendapat sambutan yang menggalakan daripada Staff dan Peserta kursus serta warga BAKAT INSMAT.