KUANTAN, 12 Jul 21 - Eksesais Wira Helo Siri 5/21 yang melibatkan Markas Wilayah Udara 1 dan 2 telah melabuhkan tirai pada hari ini melalui sidang video di Bilik Mesyuarat Markas Wilayah Udara 1.
Objektif utama pelaksanaan Eksesais Wira Helo adalah untuk menguji tahap kesiagaan dan kompetensi anak kapal serta barisan kejuruteraan dalam penyediaan siap siaga pesawat. Pelaksanaan eksesais telah berjalan dengan lancar di Pangkalan Udara Kuantan dan Pangkalan Udara Labuan walaupun ketika negara masih berhadapan dengan pandemik COVID-19.
Eksesais pada siri ini telah merangkumi beberapa misi yang terdiri daripada area familiriazation, aerial sniping, tactical navigation, cargo sling, Helicopter Insertion and Extraction (HIE) dan aerial broadcast. Beberapa kekangan atau cabaran serta cadangan penambahbaikan akan diperhalusi dan dijadikan sebagai rujukan untuk memastikan Eksesais Wira Helo yang dirancang pada masa hadapan berjalan dengan lancar.