FILIPINA, Eksesais Pacific Airlift Rally (PAR) 2023 diteruskan lagi pada hari ke-3, di mana kesemua peserta dari 14 negara yang terlibat di dalam Table Top Exercise (TTX) dapat melihat dengan lebih dekat proses penyediaan serta prosedur memasukkan muatan Low Cost Low Altitude (LCLA) ke dalam pesawat C130 di Clark Air Base.
Program Subject Matter Expert Exchange (SMEE)-Aircraft Maintenance dengan penglibatan TUDM, Philippine Air Force (PAF) dan Pacific Air Forces (PACAF) berpeluang mengenali perbezaan berkaitan propeller serta propeller troubleshooting diantara pesawat C130H dan pesawat C130J. Bagi program Subject Matter Expert Exchange (SMEE)-Medical, latihan simulasi Mass Casualty (MASCAL) dilaksanakan melibat senario kejadian gempa bumi. Di dalam latihan tersebut prosedur dan rawatan awal diberi sebelum pesakit dipindahkan melalui kaedah Aeromedical Evacuation. Seterusnya peserta SMEE-Medical dari TUDM, PACAF dan TNI-AU juga berpeluang untuk mengikuti lawatan kerja di Clark Airforce Hospital.
Selain itu, program Field Training Exercise (FTX) iaitu latihan Penerjunan Bebas Udara ataupun Military Freefall (MFF) telah berjaya dilaksanakan di Drop Zone (DZ) Royce, Santa Rosa menggunakan pesawat C-130H TUDM yang melibatkan 10 penerjun dari Philippine Army (PA) pada ketinggian 6000 kaki. Di kesempatan ini, Ketua Penerjunan (Jumpmaster) dari Malaysia dan Filipina turut berpeluang berkongsi pendapat serta pengalaman berkaitan teknik pemeriksaan terhadap anggota penerjun sebelum menaiki pesawat, pemeriksaan di dalam pesawat dan teknik spotting bagi pengguguran penerjunan bebas udara.