EKS WIRA HELO GABUNGKAN LATIHAN ANGGOTA 18 RAMD (PARA) BERSAMA HELIKOPTER TUDM EC 725 AP

1 2 3

 

1 Jul 22 – Eksesais Wira Helo yang memasuki hari keempat memfokuskan kepada latihan bagi pelaksanaan ‘Helicopter Insertion and Extraction’ (HIE) melalui kaedah ‘fast roping’.

Teknik ‘fast roping’ digunakan sebagai kaedah yang paling pantas untuk menurunkan anggota pasukan khusus bagi misi tertentu. Selain daripada itu, kaedah ini juga digunakan dalam situasi pesawat tidak dapat mendarat sekiranya kawasan tersebut tidak sesuai untuk pendaratan helikopter.

Latihan ini telah berjaya dilaksanakan dengan gabungan latihan kru pesawat bersama anggota 18 RAMD (PARA) melibatkan kawasan latihan di sekitar Sungai Petani yang mana semua anggota 18 RAMD (PARA) yang terlibat juga selesai menjalani ‘currency’ untuk operasi bersama pesawat EC 725 AP.