DEMOSTRASI KHAS BERKENAAN PROJEK INOVASI

WhatsApp Image 2022 03 25 at 110319 WhatsApp Image 2022 03 25 at 110319 1 WhatsApp Image 2022 03 25 at 110319 2

 

SHAH ALAM, 24 Mac 22 - Demostrasi Khas berkenaan Projek Inovasi yang bertajuk Knight-Bi Electronic Management System (K-BEMS) telah diadakan di Hangar B, No 16 Skuadron PU Subang oleh Tim Jejak Samudera dari No 16 Skuadron yang diketuai oleh Kapt Eddy Hiew TUDM dan dibantu bersama 5 orang lagi ahli tim yang lain. Demostrasi khas ini diadakan bertujuan untuk menunjukkan tahap ketersediaan dan pengkomersialan projek kepada warga TUDM dari unit-unit lain yang turut sama hadir.

Projek K-BEMS ini telah tersenarai di dalam Inovasi Penyampaian Perkhidmatan Kategori Penambahbaikan bagi Konvensyen KIK TUDM Tahun 2022 yang akan dipertandingkan bersama kumpulan-kumpulan dari unit-unit TUDM yang lain.

Projek K-BEMS telah dibangunkan bersama-sama dalam satu pasukan Tim Jejak Samudera yang menggunakan sistem elektronik mudah alih bagi memudahkan pengurusan sistem pemantauan kelembapan dan suhu persekitaran di stor penyimpanan alat ganti dan kontena enjin pesawat. Dengan menggunakan peranti teknologi terkini iaitu menyokong ke arah Fourth Industrial Revolution (IR 4.0), projek ini mampu mencapai objektif penciptaannya bagi meningkatkan kecekapan dari segi pengurusan sistem pemantauan kelembapan dan suhu persekitaran.

AKS Kejuruteraan, Brig Jen Hishammuddin bin Abdul Rahman TUDM yang hadir pada Demostrasi Khas tersebut telah berkongsi dan berbincang berkenaan projek K-BEMS dan memuji usaha yang telah dilaksanakan oleh warga No 16 Skuadron. Turut hadir memeriahkan lagi demostrasi khas projek K-BEMS adalah Pengarah Kejuruteraan; Kol Samsuri bin Abu Bakar TUDM, Pengarah Pembangunan MTU Kejuruteraan; Lt Kol Atan Bakti bin Abdul Malek TUDM dan PS 1 Aero, MTU-KEJ; Lt Kol Md Hanafiah bin Yaacob TUDM.

Seluruh warga Pangkalan Udara Subang yang datang berkunjung berbangga dan mengucapkan syabas serta selamat maju jaya kepada Tim Jejak Samudera bagi Konvensyen KIK TUDM Tahun 2022.