CERAMAH KHAS SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH TAHUN 1446H/2024M DI PANGKALAN UDARA SENDAYAN

image0 image1 image2
image4 image6 image7

 

SENDAYAN, 11 Jul 24 - Satu ceramah khas sempena Sambutan Maal Hijrah Tahun 1446H/2024M telah dilaksanakan di Pusat Islam, PU Sendayan. Ceramah yang bertajuk Hijrah dan Hikmahnya disampaikan oleh Mej Rozali bin Che Jaafar, PS 2 Agama MPPLU.

Antara rangkuman dalam ceramah yang disampaikan adalah sejarah kalendar Hijrah dan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam Islam semasa hijrah berlangsung.

Turut hadir ke ceramah ini adalah Komander Pangkalan Udara Sendayan, Kol Azman bin Taib TUDM dan pegawai serta anggota unit-unit naungan di bawah PU Sendayan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer