IPOH, 22 Mac 22 – Akademi Tentera Udara (ATU), IPOH telah mengadakan Ceramah Anti Dadah bertempat di Auditorium Nuri, ATU. Ketua Jurulatih, Lt Kol Hasruddin bin Hashim TUDM telah mewakili Komandan ATU bagi meluangkan masa untuk menghadiri ceramah tersebut.
Penceramah daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kinta, Encik Izham bin Ahmad selaku Pembantu Pegawai Anti Dadah telah dijemput untuk menyampaikan ceramah pada majlis tersebut. Program ini melibatkan peserta yang terdiri daripada pegawai serta wakil anggota ATU daripada setiap cawangan sambil mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) sebilang masa.
Ceramah yang dilaksanakan ini bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan kesedaran kepada warga ATU berkaitan tentang bahayanya dadah dalam kalangan anggota tentera khususnya TUDM. Program yang berlangsung ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga ATU. Di akhir majlis, penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan yang telah disempurnakan oleh Ketua Jurulatih ATU.