MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL SERTA PENUTUP KURSUS BAGI AIR SURVEILLANCE TECHNICIAN COURSE (ASTC) SERIAL 52/23

IMG 20230804 WA0012 IMG 20230804 WA0013 IMG 20230804 WA0014
IMG 20230804 WA0015 IMG 20230804 WA0016

 

KUANTAN, 3 Ogos 23 - Sekolah Kawalan Pertahanan Udara (SKPU), Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus bagi Air Surveillance Technician Course (ASTC) Serial 52/23 bertempat di Auditorium Sekolah Bomba Menyelamat (SBM). Majlis ini telah disempurnakan oleh Komandan INSPRA, Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM dan diiringi oleh Ketua Sekolah Kawalan Pertahanan Udara, Lt Kol Mazura binti Mahamood TUDM serta turut dihadiri oleh, Ketua-ketua Sekolah dan Bahagian serta barisan jurulatih.

Kursus yang telah berlangsung selama 18 minggu bermula 3 Apr 23 hingga 4 Ogos 23 ini melibatkan seramai 20 peserta kursus berpangkat Laskar Udara Kanan yang telah berjaya menamatkan kursus dengan jayanya.

Objektif utama kursus ASTC dilaksanakan adalah untuk melatih dan melahirkan PTTR di dalam seksyen persenjataan bagi melaksanakan tugas sebagai Air Surveillance Technician di unit-unit pertahanan udara.

Sepanjang kursus ini berlangsung, peserta kursus telah didedahkan dengan tiga (3) modul latihan iaitu General Service Training - NCO Level 4, Air Surveillance Technician (AST) dan Weapon Staff (WS).

Di dalam kursus kali ini, Anugerah Peserta Kursus Terbaik Keseluruhan telah disandang oleh LUK Muhammad Aiman bin Shamsuddin dari Skn 330, Kota Samarahan.

Melalui ucapan penutup, Komandan telah merakamkan ucapan tahniah kepada kesemua peserta kursus dan turut memberi nasihat sebagai pedoman kepada para peserta kursus untuk berkhidmat di unit kelak.

Tahniah kepada semua peserta kursus serta semua jurulatih dan tenaga pengajar yang terlibat dalam penganjuran ASTC Serial 52/23.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer