MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA CAWANGAN MATERIEL AKADEMI TENTERA UDARA

DSC 0206 DSC 0207 DSC 0220
DSC 0223 DSC 0240

 

 

IPOH, 17 Jan 25 – Komandan Akademi Tentera Udara, Kol Rafiddee bin Dollah TUDM telah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Cawangan Materiel ATU di antara Lt Kol Nazatul Rina binti Lasim TUDM dengan Mej Mohd Sazmin bin Mohd Noor TUDM, hari ini.

Majlis dimulakan dengan penyerahan Nota Serah Terima Tugas, Ketua Cawangan Materiel ATU. Simbolik acara ini disempurnakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan disusuli dengan pertukaran nota tersebut. Komandan turut menyampaikan cenderamata kenangan kepada Lt Kol Nazatul Rina binti Lasim TUDM yang juga merupakan Yang Dipertua Wisma Perwira ATU. Beliau akan bertukar keluar memegang jawatan sebagai Pegawai Staf 1 Bantuan Domestik di Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU).

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Lt Kol Nazatul Rina binti Lasim TUDM di atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di ATU dan selamat bertugas kepada Mej Mohd Sazmin bin Mohd Noor TUDM yang baru bertukar masuk. Semoga dengan pengalaman dan ilmu yang ditimba sebelum ini dapat dimanfaatkan dalam meneruskan legasi kecemerlangan Cawangan Materiel ATU dalam perkhidmatan. Cergas Berdisiplin!

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer