GURUN, 7 Ogos 23 – Pegawai Memerintah ITSBL TUDM, Lt Kol Iswandi bin Ishak TUDM telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil, Pemakaian Lencana EOD serta merasmikan Penutup Kursus EOD Siri 27/23 dan Kursus BAC Siri 15/23 yang dilaksanakan di latihan medan bertempat di Lapangsasar Tembak Tempur Tim (LTTT), Kem Hobart, Gurun, Kedah. Tujuan kursus EOD dilaksanakan adalah melahirkan juruteknik senjata yang berkelayakan dan berketerampilan sebagai pemusnah bahan letupan dan menjadi pasukan tindak balas terhadap ancaman Improvised Explosive Device (IED) di dalam perkhidmatan ATM amnya dan TUDM khasnya.
Kursus tersebut telah berjaya diharungi seramai 12 peserta kursus dengan jayanya dengan melalui dua (2) Fasa iaitu Teori dan Pratikal. Di mana selama 11 minggu Fasa Teori telah dilaksanakan di ITSBL manakala dua minggu Fasa Pratikal telah dijalankan di Kem Hobart, Gurun.
Manakala, bagi Kursus BAC telah dihadiri seramai 23 peserta kursus dari pelbagai tred yang mana kursus ini dilaksanakan adalah untuk melengkapkan peserta kursus dengan kemahiran tambahan dalam bidang pensenjataan iaitu selama 10 minggu di ITSBL.
Pada penyampaian kali ini, Penuntut Kursus Terbaik bagi Kursus Explosive Ordnance Disposal (EOD) Siri 27/23 adalah Sjn U Mohd Hadi bin Mohd Afandi daripada PU Jugra dan bagi Kursus Basic Armament Course Siri 15/23 adalah Kpl U Muhamad Amirul bin Abdul Kadir daripada No 15 Skn.
Dalam ucapan penutup, Pegawai Memerintah ITSBL TUDM mengucapkan tahniah kepada peserta kursus yang berjaya dan syabas kepada para jurulatih ITSBL TUDM yang berusaha keras dalam menjayakan kursus tersebut dengan jayanya. Beliau juga memberikan nasihat kepada semua untuk lebih komited dan berdedikasi dalam kerja seharian yang telah diamanahkan dan dipertanggungjawabkan. Turut diiringi pada majlis tersebut adalah Ketua Flait Kejuruteraan No 15 Skn, Lt Kol Azhanizam bin Hashim TUDM dan Ketua Terminal Peluru 2, Mej Indra Gunawan bin Norman Hidayat TUDM.