LATIHAN MENEMBAK MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN KECEKAPAN ANGGOTA DALAM MENGENDALIKAN RIFLE M4 CARBINE

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

GONG KEDAK, 3 Ogos 23 – Pangkalan Udara Gong Kedak (PU GK) telah melaksanakan Latihan Menembak Senjata Rifle M4 Carbine di Lapang Sasar PDRM Lembah Bidong, Setiu, Terengganu selama tiga (3) hari mulai 1 hingga 3 Ogos 23. Latihan ini dijalankan secara berperingkat bagi membolehkan semua anggota menyertai latihan pada kali ini. Antara latihan yang diadakan adalah menembak sasaran bagi pelarasan dan latihan praktis dijarak 100 meter. Selain itu, Kejohanan Menembak Antara Cwg/Skn/Unit (Interseksyen) turut diadakan bagi mempelbagaikan aspek latihan dan bagi meningkatkan minat anggota dalam melaksanakan latihan menembak dengan lebih bersemangat.

Objektif utama latihan ini adalah bagi memastikan setiap anggota memahami dan mahir di dalam pengendalian senjata Rifle M4 Carbine, menentukan anggota berpotensi dalam kemahiran menembak serta meningkat keyakinan diri dalam pengendalian senjata dan peluru hidup. Turut serta di dalam latihan menembak ini Pegawai Eksekutif Pangkalan, Lt Kol Mazlizan bin Shaikh Osman TUDM serta barisan eksekutif pangkalan.

Latihan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan. Bagi kategori Eksekutif Pangkalan dimenangi oleh Lt Kol Mazlizan bin Shaikh Osman TUDM. Bagi kategori Lelaki Terbuka dimenangi oleh Sjn U Wan Norhisyam bin Wan Yusoff daripada Cawangan Operasi manakala bagi kategori Wanita Terbuka dimenangi oleh Lt Wan Nurzakirah binti Wan Jama Anasir TUDM daripada No 12 Skn.

Bagi Kejohanan Menembak Interseksyen pula, johan bagi kategori berkumpulan telah disandang oleh Cawangan Kejuruteraan dan bagi kategori individu telah dimenangi oleh Lt Kol Mohd Noraihan bin Abdul Karim TUDM daripada No 12 Skn. Tahniah diucapakan kepada semua pemenang yang telah mempamerkan kecekapan menembak pada latihan menembak pada kali ini.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer