TAWAU, 8 Mac 24 – Markas Tentera Udara-Cawangan Perundangan telah menganjurkan Bengkel Training Need Analysis (TNA) bagi Pembangunan Kurikulum Kursus Undang-Undang Operasi dan Pembangunan Rules Of Egagemment (ROE) Siri 1/24 di KD Sri Tawau.
Bengkel yang berlangsung dari 27 Feb 24 hingga 8 Mac 24 ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan ilmu perundangan operasi dan International Humanitarian Law untuk persiapan operasi dan eksesais dalam TUDM serta ATM. Objektif bengkel ini bagi pembangunan Kurikulum ROE Siri 1/24 akan menfokuskan kepada perlaksanaan ROE semasa operasi ketenteraan dan keadaan aman.
Bengkel TNA Pembangunan Kurikulum Kursus Undang-Undang Operasi & ROE Siri 1/24 ini telah diketuai oleh Pengarah Perundangan, Kol Ahmad Sanusi bin Hj Ali TUDM dan dikoordinasi oleh Mej Ahmad Faroq bin Amir TUDM. Seramai 14 orang pegawai daripada pelbagai cawangan terlibat di dalam bengkel ini yang turut melibatkan Prof Dr Salawati binti Mat Basir dan Dr Muhamad Sayuti Hassan @ Yahya sebagai Fasilitator daripada Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia serta Lt Kol Renganathan a/l Kersenan TUDM sebagai Fasilitator daripada Markas Pemerintahan Operasi Udara.
Dalam ucapan Pengarah Perundangan, beliau mengucapkan terima kasih di atas kehadiran penglibatan semua peserta bengkel. Beliau juga berharap usaha ini dapat memanfaatkan semua peserta warga udara yang terlibat.
#SentiasaDiAngkasaRaya
#Profesionalisme
#WargaUdara