SUBANG, 24 Mac 21 – Inspektorat TUDM selaku Sekretariat Inovasi TUDM telah menganjurkan Bengkel Semakan Penulisan Laporan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat TUDM bagi tahun 2021 secara Online menggunakan aplikasi Google Meet bermula 22 Mac hingga 24 Mac 21.
Tujuan bengkel ini dilaksanakan adalah untuk memberi bimbingan kepada peserta mengenai tatacara penyediaan Laporan Pertandingan Horizon Baharu – KIK Peringkat TUDM Tahun 2021 dan teknik persembahan projek kepada panel pengadil yang dilantik.
Bengkel Semakan Penulisan Laporan KIK secara maya telah dikoordinasi oleh Pegawai Inovasi TUDM, Mej Hairul Zaimy TUDM dan dibantu oleh Kapt Rohayu TUDM dan Kpl U Zamri sebagai Administrator. Bengkel ini disertai seramai 41 penyertaan dari seluruh markas/pangkalan/unit TUDM. Pihak Sel Inovasi TUDM
telah membahagikan peserta kepada 2 virtual rooms yang berfungsi sebagai platform sesi pembentangan serta penilaian.
Bengkel ini menggunakan pelantar pembelajaran dan penilaian secara digital sepenuhnya melalui kaedah Cloud Computing yang telah disambung secara maya bersama sistem Online Training Broadcasting Station (ON-TBS).
Pelaksanaan bengkel ini mendapat kerjasama dan komitmen tinggi daripada fasilitator jemputan iaitu Lt Kol Saipol TUDM, Lt Kol Roslimizal TUDM, Mej Ridzman TUDM dan Mej Fitri TUDM telah membimbing dan membantu para peserta bengkel ini bagi penghasilan laporan serta projek inovasi yang baik sebelum Konvensyen KIK TUDM 2021 bermula.