![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SENDAYAN, 7 Ogos 2026 – Seramai 18 pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan 10 anggota LLP telah menyertai Bengkel Pengurusan Kes Tatatertib Markas, Pangkalan dan Unit anjuran Markas Tentera Udara – Cawangan Perundangan, yang berlangsung dari 3 hingga 7 Ogos 2026 di Markas Tentera Udara – Cawangan Provos Marsyal.
Bengkel ini bertujuan meningkatkan kefahaman serta kemahiran pegawai dan anggota dalam pengurusan kes tatatertib secara teratur, telus dan berkesan, di samping menyeragamkan prosedur pengendalian kes di semua peringkat.
Ia turut memberi pendedahan mengenai isu dan cabaran semasa serta memperkukuh kerjasama antara Markas, Pangkalan dan Unit bagi memastikan pengurusan kes tatatertib dilaksanakan secara cekap, adil dan berintegriti, sekali gus menyokong pemeliharaan disiplin organisasi.
Para peserta memberikan tumpuan dan kerjasama yang baik sepanjang bengkel berlangsung, yang dijangka dilaksanakan setiap tahun bagi memastikan peraturan dan arahan berkaitan sentiasa dikemas kini selaras keperluan semasa. Majlis penutup disempurnakan oleh Pengarah Perundangan, Kolonel Ahmad Sanusi bin Hj Ali TUDM.









