Select your language

BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH SIRI 1/2026 PERINGKAT PANGKALAN UDARA KUANTAN

1 2 3
4 5 6

 

KUANTAN, 29 Julai 2026 – Pejabat Agama Pangkalan Udara Kuantan telah berjaya menganjurkan Bengkel Pengurusan Jenazah Siri 1/2026 Peringkat Pangkalan Udara Kuantan dengan penyertaan seramai 59 orang peserta yang terdiri daripada warga Pangkalan Udara Kuantan.

Penganjuran bengkel ini bertujuan memberi pendedahan serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta berkaitan tatacara pengurusan jenazah menurut syariat Islam. Selain memperkukuhkan kefahaman terhadap hukum-hakam berkaitan, program ini turut melatih peserta melaksanakan pengurusan jenazah secara praktikal, meliputi proses memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan persiapan pengebumian.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah dibimbing oleh tenaga pengajar daripada Staf Agama Pangkalan Udara Kuantan yang berpengalaman dalam bidang pengurusan jenazah. Sesi penyampaian teori dan latihan amali telah dilaksanakan secara interaktif bagi memastikan setiap peserta memperoleh kefahaman yang menyeluruh serta mampu mengaplikasikan ilmu yang dipelajari apabila diperlukan.

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen Pejabat Agama Pangkalan Udara Kuantan dalam memperkasakan ilmu fardu kifayah dalam kalangan warga pangkalan serta melahirkan lebih ramai individu yang berkemahiran dan bersedia untuk membantu masyarakat dalam menguruskan jenazah mengikut tuntutan syarak.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN