BENGKEL PEMBANGUNAN KURIKULUM KURSUS PENYIASATAN CAWANGAN PROVOS MARSYAL TUDM

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12
13 14 15

 

TANJUNG BUNGAH, 4 Ogos 23 – Bengkel Pembangunan Kurikulum Lanjutan Penyiasatan, Cawangan Provos Marsyal TUDM tahun 2023 telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Julai 23 hingga 4 Ogos 23 bertempat di Pusat Hospitaliti Tentera Udara, Pulau Pinang.

Objektif bengkel adalah untuk membangunkan kurikulum kursus kepakaran siasatan bagi pegawai Cawangan Tadbir dan anggota ketukangan Pembantu Pertahanan yang terpilih agar berkelayakan dan kompeten dalam bidang penyiasatan jenayah dan narkotik.

Kurikulum kursus ini dibangunkan mengikut perkembangan kaedah dan teknologi dalam ilmu siasatan masa kini. Penekanan kemahiran di lapangan siasatan juga ditekankan melalui latihan praktikal yang disusun secara komprehensif. Bagi memastikan objektif penganjuran bengkel ini tercapai, bengkel ini turut mendapat khidmat nasihat daripada PS 1 Kurikulum, Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU) sebagai subject Matter Expert (SME). Penglibatan tenaga mahir ini dalam membangunkan kurikulum pastinya akan memberi lebih impak dari segi perkongsian idea disamping berkongsi pengalaman dan imu bagi memantapkan pengisian kurikulum kursus.

Hasil penggemblengan idea dan percambahan minda seramai 30 peserta yang terdiri dari pegawai dan anggota dari CPM TUDM dan CPJ Zon yang menyertai bengkel ini, 3 kurikulum kursus telah dibangunkan iaitu:

1. Kursus Pegawai Penyiasat (IO).
2. Kursus Penolong Pegawai Penyiasat (AIO).
3. Kursus Detektif Jenayah dan Narkotik.

Sepanjang tahun 2022 hingga tahun 2023, beberapa pegawai dan anggota dari Cawangan ini telah mengikuti kursus – kursus dalam bidang siasatan dengan agensi luar seperti PDRM, SPRM, AADK, ILKAP dan CyberSecurity Malaysia. Hasil dari kehadiran pembelajaran kursus tersebut, CPM TUDM mengambil inisiatif membangunkan kurikulum sendiri mengikut keperluan penugasan siasatan dalam TUDM dan ATM.

Selain daripada itu, penganjuran kursus kepakaran pada tahun hadapan nanti akan dapat mengurangkan kebergantungan pada pihak luar seterusnya langkah penjimatan serta perbelanjaan berhemah melibatkan bayaran yuran kursus dan pensyarah jemputan mulai tahun 2024.

Bagi menghadapi tahun 2024, selain daripada 3 kursus ini, keputusan melalui bengkel pada kali ini juga turut bersetuju untuk menganjurkan beberapa lagi kursus kepakaran yang tertentu iaitu Kursus Fotografi Siasatan, Advance Open Source Intelligence (OSINT) dan Kursus Crime Scene For First Responder (CSFFR) bagi anggota HANDAU.

Majlis Penutup bengkel pada 4 Ogos telah disempurnakan oleh Provos Marsyal Udara, Kol Amrul bin Yacob TUDM. Turut hadir ialah PS 1 Operasi CPM TUDM, Mej Abd Rahim bin Jaafar TUDM. Semoga melalui penganjuran bengkel sebegini dapat memberikan manfaat dalam kesiapsiagaan Cawangan Provos Marsyal TUDM.