BENGKEL PEMANTAPAN PENGGUNAAN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM (HRMIS) ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) SIRI 4/2023

GAMBAR SIRI 4 2 GAMBAR SIRI 4 4 GAMBAR SIRI 4 5
GAMBAR SIRI 4 6 GAMBAR SIRI 4 7 GAMBAR SIRI 4 8

 

KUALA LUMPUR, 12 Jul 23 - Bahagian Sumber Manusia, Cawangan Pengurusan Sumber Manusia telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Penggunaan Human Resource Management Information System (HRMIS) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Siri 4/2023. Bengkel ini yang dikoordinasikan oleh Seksyen Rekod & Pangkalan Data telah diadakan di Makmal Komputer AMSS, Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) selama 2 hari iaitu pada 12 dan 13 Jul 23 secara kelas pembelajaran dan hands on system. Ianya dikhaskan kepada pegawai dan anggota LLP yang dipertanggungjawab untuk mengendalikan HRMIS ATM bagi Pengurusan Sumber Manusia seluruh warga TUDM di Markas/Pangkalan Unit TUDM.

Objektif utama bengkel ini adalah bagi memantapkan lagi pengendalian HRMIS ATM di setiap pasukan melalui latihan yang diberikan serta mengenal pasti permasalahan dan cabaran penggunaan HRMIS ATM sedia ada dari segi aspek modul, aplikasi, teknikal dan capaian. Senarai pasukan terlibat pada bengkel kali ini adalah Pangkalan Udara Butterworth, Pangkalan Udara Jugra, Kolej Tentera Udara (KTU), Akademi Tentera Udara (ATU), Joint Airspace Management and Coordination Centre (JAMCC) dan Pusat Hospitaliti Tentera Udara (PHU). Seramai 16 peserta terdiri daripada (5 pegawai dan 11 LLP) telah mengikuti dan berjaya menamatkan bengkel ini dengan jayanya.

Skop pengajaran pada hari pertama adalah berkaitan dengan tahap pemahaman HRMIS ATM, pengenalan dan praktikal modul-modul di dalam HRMIS ATM iaitu Pengurusan Rekod Peribadi, Pengurusan Prestasi (SKT/LNPT) dan Perolehan Sumber Manusia (Permohonan Pertukaran). Seterusnya, skop pada hari kedua meliputi Modul Penilaian Kompetensi, Pembangunan, Perkhidmatan Maklumat dan Pengurusan Elaun Tuntutan dan Faedah (Pengurusan Perubatan/EGL/DKT). Pengarah Pengurusan Sumber Manusia, Kol Hamdan bin Ahmad TUDM turut hadir pada hari kedua bengkel bagi meninjau pelaksanaan dan berkesempatan untuk bertemu dengan para peserta bengkel.

Setelah selesai mengikuti proses pembelajaran dan hands on system, peserta diuji dengan soalan-soalan berdasarkan modul yang telah diberi pendedahan. Ujian ini bertujuan untuk mengukur tahap penguasaan peserta di dalam mengendalikan sistem HRMIS ATM dan secara keseluruhannya peserta dapat menguasainya dengan baik. Bengkel ini berakhir dengan sesi soal jawab di antara Tim HRMIS TUDM dan peserta bengkel di dalam menyelesaikan segala kemusykilan berkaitan HRMIS ATM.