BENGKEL LATIHAN PROSEDUR PERBICARAAN MAHKAMAH TENTERA

1 2 3
4 5 6

 

Gong Kedak, 24 Mac 22 - Markas Tentera Udara Bahagian Tadbir-Cawangan Perundangan telah menganjurkan Bengkel Latihan Prosedur Perbicaraan Mahkamah Tentera yang diadakan di Pangkalan Udara Gong Kedak.

Bengkel ini telah berlangsung mulai 22 Mac hingga 24 Mac 22 yang dirasmikan oleh Pengarah Perundangan, Kol Dr. Norazrin bin Shamsudin TUDM. Bengkel ini dihadiri oleh pegawai-pegawai berpangkat Lt Kol TUDM, Mej TUDM dan Kapt TUDM bagi memberi latihan berhubung peranan sebagai Yang DiPertua dan Ahli Mahkamah semasa mengendalikan prosiding Mahkamah Tentera di dalam TUDM.

Bengkel ini adalah platform latihan berterusan serta penyampaian maklumat terbaru berkenaan prosedur perbicaraan kepada bakal Yang DiPertua dan Ahli Mahkamah agar boleh mentadbir keadilan dalam Perbicaraan Mahkamah Tentera dengan sempurna.