BENGKEL KERJASAMA UDARA DAN DOKTRIN TUDM SIRI 1/2023 KE ARAH MENINGKATKAN KEUPAYAAN DAN KECEMERLANGAN OPERASI TUDM

WhatsApp Image 2023 03 23 at 223804 WhatsApp Image 2023 03 23 at 223804 1 WhatsApp Image 2023 03 23 at 223804 2
WhatsApp Image 2023 03 23 at 223805 WhatsApp Image 2023 03 23 at 223805 1 WhatsApp Image 2023 03 23 at 223805 2
WhatsApp Image 2023 03 23 at 223806 WhatsApp Image 2023 03 23 at 223806 1 WhatsApp Image 2023 03 23 at 223806 2

 

Tanjung Bungah, 22 Mac 2023 - Bengkel Kerjasama Udara dan Doktrin TUDM Siri 1/2023 telah berjaya dilaksanakan bermula pada 20 Mac hingga 22 Mac 2023 di Pusat Hospitaliti Tentera Udara (PHU), Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Kol Mohmad Safhree bin Sidek TUDM, Pengarah Kerjasama Udara dan Doktrin MTU-BOS.

Bengkel anjuran MTU-BOS, Sel Kerjasama Udara dan Doktrin (KUD) dengan tema “Gateway to Capability Development and Operational Excellence” atau “Gerbang ke Arah Pembangunan Keupayaan dan Kecemerlangan Operasi” adalah tepat bagi menonjolkan kepentingan hubungan kerjasama pertahanan sebagai satu kaedah secara diplomasi dalam meningkatkan keupayaan dan kecemerlangan operasi TUDM. Bengkel ini bertujuan menerangkan proses kerja, proses kitaran pengurusan hubungan dua hala, arahan serta dasar-dasar baharu dan semasa berkaitan kerjasama udara kepada semua Sekretariat “Team”/Kumpulan Kerja Udara (KKU)/ “Air Working Group” (AWG) terutama bagi aktiviti MALINDO, MALTHAI, MALPHI, MALBRU, AAFET/AACC dan “A400M/H225M User Team”. Selain daripada itu, bengkel ini menjadi platform interaksi perbincangan secara terus MTU-BOS KUD bersama “Team”/KKU/AWG yang memfokuskan kepada objektif berikut:

1. Merangka program kerjasama udara TUDM selaras dengan bajet yang ditetapkan dan perancangan aktiviti bagi tempoh 5 tahun kehadapan,

2. Menyelaraskan proses kerja dan proses kitaran pengurusan kerjasama udara TUDM,

3. BCJ terbabit memahami “Commander Intent” arah hala tuju kerjasama Udara TUDM, dan

4. Meningkatkan kesefahaman dan kerjasama antara BCJ yang terbabit dalam pengurusan kerjasama udara.

Dalam sesi bengkel kali ini, peserta bengkel diberi kesempatan membentangkan taklimat masing-masing mengenai kegiatan, hala tuju dan ROI setiap “Team”/KKU/AWG. Di samping itu, lima (5) pensyarah jemputan telah memberikan taklimat yang berkaitan dengan kerjasama Udara. Antara taklimat yang telah disampaikan adalah seperti berikut:

1. Peranan dan fungsi Bahagian Kerjasama Udara (KU), proses kerja dan proses kitaran pengurusan hubungan dua hala, ROI serta plan strategik kerjasama udara oleh PS1 KU Alpha dan Bravo-MTU-BOS, Lt Kol Rosmal bin Abd Malek TUDM dan Lt Kol Koo Heng Giap TUDM.

2. Dasar dan polisi pertahanan dengan negara luar serta halatuju yang dibentangkan oleh D10 Cawang Hubungan Luar Bahagian Dasar Pertahanan dan Strategik (BDPS) Kementerian Pertahanan,En Kamarul Hafizan bin Kamaruddin.

3. Peranan dan fungsi MTU-Sekretariat serta proses kerja dalam kerjasama udara oleh PS 2 MTU-Sekretariat B, Mej Ravindran a/l Rathanam TUDM.

4. Peranan dan fungsi Bahagian Sumber Manusia Latih dan Pembangunan. Juga pendedahan berkaitan kursus-kursus yang ditawarkan secara timbal balas dan proses penawaran kursus kepada peserta luar negara mengikut perancangan prospektus TUDM dan tawaran daripada MATM-BOLP oleh PS 2 MTU-BSM Latih, Mej Mohd Hanif bin Muhamad TUDM.

5. Peranan dan fungsi Bahagian Belanjawan serta pencerahan berkaitan tatacara proses permohonan kewangan bagi melaksanakan sesuatu kegiatan aktiviti sama ada dalam negara atau luar negara oleh PS 1 Belanjawan MTU-Belanjawan, Lt Kol Ros Fazilah binti Jamalludin TUDM.

Dalam ucapan penutup, Pengarah KUD menyatakan kepentingan hubungan kerjasama pertahanan merupakan elemen penting dan menjadi salah satu tonggak di dalam Strategi Pertahanan Negara (SKN) iaitu diplomasi. Di peringkat TUDM, program yang telah dilaksanakan telah membantu di dalam proses membina keyakinan, menggalakkan ketelusan sehingga sebahagiannya telah dapat meningkatkan kemampuan dan keupayaan kuasa udara di dalam program pembangunan TUDM sesuai sepertimana tema bengkel kali ini.

Perbincangan dalam bengkel ini diharapkan akan dapat membantu menentukan segala proses kerja dan dasar bagi setiap kegiatan kerjasama udara sama ada secara bilateral atau multilateral dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Resolusi-resolusi yang diketengahkan semasa bengkel ini akan diangkat sebagai tindakan atau cadangan penambahbaikan kegiatan kerjasama udara TUDM.