KUALA LUMPUR, 23 Dis 24 β Pengarah Pengurusan Sumber Manusia, Kol Noorisma Eza bin Mat Isa TUDM telah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas PS 1 Rekod dan Dokumen serta PS 1 Seksyen Urus LLP, hari ini.
Majlis dimulakan dengan Serah Terima Tugas PS 1 Rekod dan Dokumen di antara Lt Kol Shahril Anuar bin Mohd Yusof TUDM dengan Lt Kol Mohamad Rizan bin Mahat TUDM. Majlis diteruskan lagi dengan Serah Terima Tugas PS 1 Seksyen Urus LLP di antara Lt Kol Shahril Anuar bin Mohd Yusof TUDM dengan Mej Zulfadhli bin Mohd Jamil TUDM. Simbolik acara ini disempurnakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan disusuli dengan pertukaran nota tersebut.
Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Lt Kol Shahril Anuar bin Mohd Yusof TUDM di atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Seksyen Urus LLP dan Rekod dan Dokumen - Cawangan Pengurusan Sumber Manusia dan diucapkan selamat maju jaya dalam mengikuti Kursus MPAT yang akan bermula Januari 2025. Selamat bertugas kepada Lt Kol Mohamad Rizan bin Mahat dan Mej Zulfadhli bin Mohd Jamil TUDM yang bertukar masuk ke MTU-BSM.