𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π πŽπ‹π„π‡ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π π“π”πƒπŒ

1 2 3
4 5 6

 

KUALA LUMPUR, 12 Dis 2024 – Dalam usaha menyantuni keluarga warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Pengarah Perkhidmatan, Kol Zuhamri bin Mat Daud TUDM mewakili Panglima Tentera Udara telah mengadakan lawatan kebajikan kepada Adik Putra Khalish Amsyar, anak kepada Sjn U Kamarul Ariff bin Zulkifli dari MTU-Sekretariat. Lawatan berlangsung di kediaman mereka di Blok A-9-5, Desa Tunku Mariam, Kuala Lumpur.

Adik Khalish, yang berusia tujuh tahun, disahkan menghidap mild autisme, sebuah keadaan yang memerlukan sokongan berterusan daripada keluarga dan masyarakat sekeliling.

Turut hadir dalam lawatan ialah PS 2 Kebajikan, Mej Nabila binti Abdul Razak TUDM; Ajutan Markas Tentera Udara; PPA Markas Tentera Udara; PS 3 Kebajikan; serta PTTK KSSKA.

Panglima Tentera Udara bersama seluruh warga TUDM mendoakan agar Sjn U Kamarul dan keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan, dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.