LABUAN, 9 Dis 24β Pegawai Waran TUDM, PW U I Ahmad Maulana bin Ab Ghafar telah mengadakan sesi perjumpaan bersama Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) PU Labuan yang diadakan di Anjung Caribou, Wisma Bintara Pangkalan Udara Labuan.
Perjumpaan ini diadakan adalah bagi menyampaikan amanat terakhir beliau sebagai Pegawai Waran TUDM yang ke- 9 sebelum mengikuti latihan peralihan pada bulan Januari tahun hadapan di PERHEBAT Sungai Buloh.
Permulaan ucapan, PW TUDM mengingatkan kepada semua PTTK agar sentiasa menjaga disiplin diri dan menjadi contoh yang terbaik buat anggota bawahan. PTTK juga perlu menggelakkan daripada melakukan kesalahan disiplin atau tatatertib yang mana akan menjejaskan nama baik PTTK itu sendiri.
Beliau juga mengingatkan kepada semua PTTK agar sentiasa mematuhi perintah pegawai atasan dan sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pucuk pimpinan TUDM dan pemerintah-pemerintah di pasukan serta PW TUDM yang baharu nanti.
Selain itu, semua PTTK diseru agar mempunyai sifat setiakawan yang tinggi dan kesatuan di antara Ahli Wisma Bintara perlu erat supaya kerjasama di dalam satu pasukan dapat dikekalkan.
Mengakhiri ucapan, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua PTTK yang telah memberi sokongan, kerjasama dan komitmen yang tinggi di sepanjang beliau menjawat jawatan sebagai PW TUDM Ke-9.