πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ π€πˆπ‘ π–πŽπ‘πŠπˆππ† π†π‘πŽπ”π (𝐀𝐖𝐆) πŒπ€π‹π“π‡π€πˆ πŠπ„-𝟏𝟎5

1 2 3
4 5 6

 

KUALA LUMPUR, 16 Ogos 24 – Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM dan Air Marshal Chatinone Santapai selaku Pengerusi RTAF telah mempengerusikan Mesyuarat Air Working Group Malaysia Thailand (AWG MALTHAI) Ke-105 yang berlangsung dari 12 hingga 16 Ogos 24 di Bahang Bay Hotel, Pulau Pinang.

Mesyuarat AWG ini merupakan platform rasmi kedua-dua pihak bagi membincang dan merancang segala aktiviti dua hala yang merangkumi bidang operasi, bantuan serta latihan di antara TUDM dan RTAF.

Antara manfaat yang diterima oleh TUDM adalah program pertukaran pegawai-pegawai, kursus-kursus kerjaya, pertukaran kepakaran didalam pelbagai bidang dan eksesais bersama seperti Air THAMAL. Selain itu, mesyuarat ini juga mampu meningkatkan tahap keserasian, setiakawan dan hubungan kerjasama bagi memastikan hubungan baik sedia ada dipertingkatkan dan keselamatan serantau terus dikekalkan.