ππ„ππ†πŠπ„π‹ ππ„πŒπ€ππ“π€ππ€π ππ„π†π€π–π€πˆ ππ„ππƒπ€πŠπ–π€ π“π”πƒπŒ ππ€π†πˆ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

TANJUNG BUNGAH, 5 Jul 24 – Bengkel Pemantapan Pegawai Pendakwa TUDM bagi Tahun 2024 telah berlangsung dengan jayanya pada 1 Jul 24 hingga 5 Jul 24 bertempat di Pusat Hospitaliti Tentera Udara, Pulau Pinang.

Bengkel yang dianjurkan pada kali ini bagi membincangkan isu-isu perundangan yang melibatkan teknik-teknik pendakwaan Mahkamah Tentera merangkumi β€˜advocacy skills’ bagi meningkatkan tahap profesionalisme seorang pendakwa TUDM dalam menyelesaikan kes-kes jenayah dan tatatertib dalam TUDM. Bengkel ini juga memberi peluang kepada para peserta bagi mencetuskan idea dan pendapat dalam membincangkan dan mendapatan cara penyelesaian yang efektif dan dinamik untuk meningkatkan tahap profesionalisme Pegawai Pendakwa TUDM.

Objektif bengkel ini adalah bagi meningkatkan lagi prestasi, menambah baik teknik komunikasi secara efektif dalam Mahkamah Tentera serta Teknik memberi soalan kepada saksi Mahkamah Tentera . Selain itu dapat merangka fakta kes, penyataan saksi dan hujahan bertulis dalam Mahkamah Tentera. Bengkel ini juga meningkatkan keyakinan dalam menguruskan kes pendakwaan Mahkamah Tentera.

Majlis Penutup Bengkel ini telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Junairi bin Baharom TUDM. Turut hadir ialah Pengarah Perundangan, Kol Ahmad Sanusi bin Hj Ali TUDM serta Pegawai Memerintah PHU, Lt Kol Abd Rahim bin Ahmad TUDM. Semoga melalui penganjuran bengkel sebegini dapat merealisasikan Visi dan Misi TUDM dengan mempertingkat dan memperkasakan modal insan dengan lebih cemerlang selain dapat melaksanakan tugas dalam hal pentadbiran pendakwaan dengan lebih efektif dan berkesan.