ππ„ππ†πŠπ„π‹ 𝐑𝐄𝐅𝐑𝐄𝐒𝐇𝐄𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀𝐀𝐍 π‡π”πŒπ€π π‘π„π’πŽπ”π‘π‚π„ πŒπ€ππ€π†π„πŒπ„ππ“ πˆππ…πŽπ‘πŒπ€π“πˆπŽπ π’π˜π’π“π„πŒ (π‡π‘πŒπˆπ’) π€ππ†πŠπ€π“π€π 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (π€π“πŒ) π’πˆπ‘πˆ πŸ‘/πŸπŸŽπŸπŸ’

GAMBAR 2 GAMBAR 3 GAMBAR 4
GAMBAR 5 GAMBAR 6 GAMBAR 8

 

KUALA LUMPUR, 25 Jun 24 - Bahagian Sumber Manusia, Cawangan Pengurusan Sumber Manusia telah menganjurkan Bengkel Refresher Penggunaan HRMIS ATM Siri 3/2024 di Makmal Komputer AMSS, Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) selama dua (2) hari iaitu pada 25 dan 26 Jun 24. Jumlah peserta terlibat adalah seramai 19 orang (5 pegawai dan 14 LLP) dari MAWILUD 1, PU Kuantan, PU Gong Kedak, SLT TUDM, ATU Ipoh, INSPRA dan PHU.

Objektif bengkel ini fokus kepada memantapkan lagi pengendalian HRMIS ATM, meningkatkan kefahaman dalam pengurusan data dan mengenal pasti cabaran penggunaan HRMIS ATM di setiap peringkat Markas/Pangkalan/Unit TUDM. HRMIS ATM juga merupakan sumber rujukan utama dalam merancang perjalanan kerjaya, penugasan dan penempatan setiap pegawai dan anggota LLP di dalam TUDM agar pengurusan sumber manusia dapat diuruskan secara holistik dan telus.

Skop pengajaran adalah berkaitan modul-modul penting yang difokuskan di dalam HRMIS ATM iaitu Pengurusan Rekod Peribadi, Pengurusan Prestasi (SKT/LNPT) dan Permohonan Pertukaran. Seterusnya, difokuskan juga dalam Modul Penilaian Kompetensi, Pembangunan, Perkhidmatan Maklumat dan Pengurusan Perubatan. Peserta bengkel juga diberikan soalan tugasan berdasarkan modul yang telah diajar untuk dibuat pembentangan secara berkumpulan.

Majlis penutup bengkel telah disempurnakan oleh Pengarah Pengurusan Sumber Manusia, Kol Noorisma Eza bin Mat Isa TUDM. Beliau telah menegaskan agar setiap kemasukan data di dalam platform HRMIS perlu sentiasa dikemaskini dan berdasarkan pemeriksaan melalui kaedah live review HRMIS ATM, masih banyak lagi butiran peribadi yang gagal dikemaskini oleh pasukan. Keutamaan bagi menentukan data maklumat peribadi, keluarga, BMI, DKT, dan gambar yang terkini akan diminimumkan melalui pelaksanaan kemas kini maklumat dari semasa ke semasa oleh pihak pasukan. Para peserta bengkel juga diingatkan mengambil tindakkan yang lebih agresif bagi memastikan data maklumat peribadi sentiasa dikemaskini bagi keperluan pengurusan sumber manusia.

Bengkel yang dilaksanakan selama dua (2) hari ini telah mencapai objektif untuk pegawai dan anggota LLP menjadi lebih kompeten demi memastikan data Sumber Manusia TUDM yang tepat bagi kegunaan pembangunan kerjaya.