KUANTAN, 19 Jun 24 - Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus TIC-ATCA Siri 9/24 dan FSTC Siri 36/24 bertempat di Auditorium Sekolah Bomba Menyelamat (SBM) yang telah disempurnakan oleh Komandan INSPRA, Kol Mohammed Firdauz bin HJ Osman TUDM dan diiringi oleh Ketua Jurulatih Latihan, Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM. Majlis juga turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Sekolah dan Bahagian serta barisan jurulatih.
Kursus TIC-ATCA siri 9/24 telah bermula pada 20 Mei hingga 21 Jun 24 yang terdiri daripada (6) enam anggota LLP. Objektif bagi kursus ini adalah untuk melatih anggota Pembantu Kawalan Trafik Udara untuk melaksanakan tugas, peranan dan fungsi sebagai jurulatih. Sepanjang kursus ini berlangsung peserta kursus telah didedahkan dengan (3) tiga modul latihan iaitu Basic Instructional Technique (BIT), Training Administration (TA) dan Work Place Assessor (WPA).
Seterusnya, kursus FSTC Siri 36/24 telah bermula pada 13 Feb hingga 21 Jun 24 yang terdiri daripada 25 anggota LLP. Objektif bagi kursus ini adalah untuk melatih Peserta Kursus supaya boleh mengaplikasikan prosedur keselamatan kebakaran bangunan, membuat tugas pemeriksaan, pengujian dan senggaraan sistem perlindungan kebakaran serta alat bantuan pernafasan seperti yang dinyatakan dalam RMAF Firefighter Occupational Specification. Sepanjang kursus ini berlangsung peserta kursus telah didedahkan dengan (4) empat modul latihan iaitu Basic Engineering Principles, Fire Protection System Maintenance, Building Fire Safety dan Breathing Apparatus Maintenance.
Akhir sekali, Komandan telah merakamkan ucapan tahniah kepada semua peserta kursus kerana telah berjaya menamatkan kursus dengan cemerlang dan turut memberi nasihat sebagai pedoman kepada para peserta kursus untuk berkhidmat di unit kelak.