πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ ππ„πŒπ„π‘πˆππ“π€π‡π€π ππ€ππ†π–πˆπ‹π”πƒ 𝟐 π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸ’

1 2
3 4

 

KUCHING, 11 Jun 24 – Panglima Wilayah Udara (PANGWILUD) 2, Mej Jen Dato’ Wan Amin Hafiz bin Wan Mahmud TUDM telah mempengerusikan Mesyuarat Pemerintahan PANGWILUD 2 Siri 1/2024 yang diadakan di Dewan Setia, Pangkalan Udara Kuching mulai 11 hingga 12 Jun 24.

Mesyuarat ini merupakan platform untuk PANGWILUD 2 menyampaikan arahan serta hasrat terkini pucuk pimpinan TUDM kepada semua peringkat pemerintah di Wilayah Udara 2. Mesyuarat yang diadakan ini juga adalah bertujuan untuk membentangkan kesiagaan operasi, prestasi dan membincangkan cabaran yang dihadapi oleh pangkalan dan unit di Wilayah Udara 2 serta pelan tindakan yang perlu dilaksanakan sebagai langkah untuk mengatasi kelemahan yang telah dikenalpasti.

Sebanyak (5) lima topik utama taklimat telah dibentang dan diperbincangkan semasa mesyuarat ini berlangsung. Di antara topik-topik yang dibentang dan diperbincangkankan merangkumi tajuk-tajuk Isu Kekurangan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan Penginapan Anggota Bujang di PU Labuan, Pengurusan Kesiapsiagaan AGSE/V di PU Labuan, Pengurusan Bahan Api AVTUR di Pangkalan Hadapan, Penugasan Operasi di CRC 2 bagi Pegawai Staf K&L Dibawah Naungan Markas Wilayah Udara 2, dan Pengoperasian Pesawat Hawk 108/208 bagi tugas pemintasan (Standby OP Curiga) pada waktu malam.

Di akhir sesi mesyuarat, PANGWILUD 2 telah menyampaikan ucapan penggulungan dengan menyeru seluruh warga Borneo β€œSuper Team” iaitu Wilayah Udara 2, PU Labuan, PU Kuching, Pusat Kawalan Lalulintas Udara Bersama (PUKALUB) Kota Kinabalu dan Pusat Bantuan Operasi Udara (PBOU) Tawau supaya mengambil manfaat daripada pembentangan dan perbincangan yang telah disampaikan serta memberikan perhatian sepenuhnya terhadap cabaran-cabaran yang sedang dan bakal dihadapi. Seterusnya, beliau berkehendakkan agar setiap pangkalan/skn yang terlibat mengambil tindakan yang sewajarnya dalam mengatasi cabaran-cabaran tersebut bagi memastikan kedaulatan Wilayah Udara 2 terus dijaga dengan sebaiknya.