KUALA LUMPUR, 20 Feb 24 - Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Ayob telah mempengerusikan Majlis Penyerahan Wang Yuran Keahlian Kelab Sukan Sosial Dan Kebajikan (KSSKA) bagi tahun 2023 dan Geran Sepadan tahun 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Markas Tentera Laut (MTL), Wisma Pertahanan.
Dalam majlis berkenaan, penyerahan cek dan sumbangan kepada ahli- ahli yang terlibat turut disampaikan oleh Yang Dipertua KSSKA iaitu PTL, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Ayob kepada wakil perkhidmatan dan juga penyampaian cenderahati kepada Pegawai Kanan yang akan bertukar keluar iaitu Ketua Pengarah Sekretariat Markas ATM, Brigedier Jeneral Zulmadi bin Ariffin.