15 PEGAWAI TUDM DARI KTU SERTAI PENDAKIAN GUNUNG BALING MENJAYAKAN MISI CATATAN MALAYSIA BOOK OF RECORDS

337172256 3919672111592521 4919839365742405640 n 337256746 598205138581619 4332333676797175297 n 337243696 244551054673185 5717872691977310476 n
337302083 1757579634637090 5993667886739829102 n 337421552 232951302538779 8954549807976399298 n 337362691 180072424796289 1701598153629753101 n

 

BALING, 18 Mac 23 - Ekspedisi pendakian diketuai seorang jurulatih QHI Institut Penerbangan 2 (INSPEN 2) bersama sembilan (9) penuntut Kursus Asas Penerbangan Helikopter (BHFC) Siri 64/22 dan lima (5) pegawai Kolej Tentera Udara telah menyertai aktiviti pendakian Gunung Baling sebagai aktiviti riadah pada hujung minggu.

Aktiviti ini mendapat sokongan penuh Pegawai Memerintah INSPEN 2 dalam menyokong pendakian 'Forestry Hiking Day' sempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2023 dan berjaya mencipta Malaysia Book of Records sebagai ‘Penyertaan Terbesar Dalam Pendakian Gunung Serentak’ yang berjumlah 12,104 pendaki di 213 puncak di Malaysia. Aktiviti ini juga bertujuan mengekalkan kesihatan dan kecergasan serta mengeratkan hubungan bersama peserta awam.

Penglibatan acara sebegini adalah selari dengan Tonggak ke-6 Perintah Ulung PTU ke-20 iaitu, “Kebajikan Sosial dan Kelestarian Warga” yang menekankan warga diberi masa dan ruang untuk bersukan atau beriadah. Ianya juga bagi membentuk budaya hidup sihat di kalangan warga Udara agar lebih produktif.