IPOH, 16 Ogos 22 - Akademi Tentera Udara (ATU) hari ini telah menyahut seruan Panglima Tentera Udara dengan menganjurkan Cabaran Larian 10 KM bermula di Padang Kawad A, ATU.
Seramai 132 peserta telah mengambil bahagian dalam acara larian tersebut merangkumi 13 orang pegawai dan 139 anggota termasuk kakitangan awam. Kesemua anggota berkumpul di Padang Kawad A seawal jam 0650 pagi dengan semangat berkobar-kobar untuk mengatasi masa yang ditetapkan mengikut peringkat umur.
Acara larian bermula jam 0730 dan berakhir jam 1015. Jurulatih bantuan daripada Cawang Jasmani ATU memberi taklimat berkaitan laluan dan langkah keselamatan yang perlu dititikberatkan sepanjang acara. Sesi pemanasan antara salah satu acara penting sebelum melakukan aktiviti kecergasan. Petugas kesihatan daripada 709 PPAT ATU juga dalam keadaan bersiap siaga bagi memberi bantuan kecemasan sekiranya perlu.
Barisan eksekutif ATU diketuai Komandan, Kol Junairi bin Baharom TUDM turut serta bersama-sama warga akademi menyertai larian ini yang dianjurkan empat (4) kali setahun. Kesemua peserta larian menamatkan acara dalam keadaan baik dan tiada laporan kecederaan sepanjang aktiviti dilaksanakan.
Peserta larian terpantas mengikut kategori bagi "10 KM Challenge" Akademi Tentera Udara untuk tahun 2022 adalah seperti berikut:
a. 24 tahun ke bawah
- LU I Mohamad Akmal bin Noor Azme (Cawangan Bomba)
Catatan masa : 58 minit 08 saat
b. 25-29 tahun
- Kpl U Muhammad Hafizuddin bin Hamsa (Flait Senjata)
Catatan masa : 51 minit 34 saat
c. 30-34 tahun
- Kpl U Muhamad Hanis bin Zulkefle Amin (Unit Disip)
Catatan masa : 59 minit 50 saat
d. 35-39 tahun
- Mej Fadzeel bin Munir TUDM (Skuadron Piawaian dan Kawalan Latihan)
Catatan masa : 1 jam 03 minit
e. 40-44 tahun
- F/Sjn Mohd Zaidi bin Hamid (Fasilitas)
Catatan masa : 1 jam 15 minit
f. Wanita
- Kapt Noorhazita bt Nazi
(Gaji)
Catatan masa : 1 jam 11 minit
Syabas dan tahniah buat seluruh warga akademi dan diharapkan penganjuran sebegini akan menjadi acara tahunan bagi melahirkan benteng pertahanan yang sihat dan bertenaga. ATU Cergas Berdisiplin!