![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
![]() |
GONG KEDAK, 20 Feb 25 - Pangkalan Udara Gong Kedak dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian Kelantan telah menganjurkan Program Derma Darah yang diadakan di Dewan Puteri PU GK.
Program ini merupakan inisiatif pihak pangkalan dalam membantu pihak HUSM untuk menangani masalah kekurangan bekalan darah dan memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi untuk kegunaan pesakit terutamanya ketika kecemasan.
Program Derma Darah ini melibatkan 27 orang Kakitangan Unit Tabung Darah HUSM dengan sasaran awal seramai 100 orang penderma. Program yang dimulakan pada jam 8 pagi dan berakhir jam 2 petang ini turut dibantu oleh 7 orang staf Perubatan termasuk seorang Pegawai Perubatan Pangkalan telah disertai seramai 107 orang warga pangkalan yang terdiri daripada Pegawai dan anggota LLP serta Staf Tadbir Awam dan ahli BAKAT pangkalan.
Unit Tabung Darah HUSM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak TUDM amnya serta PU GK khasnya terhadap sikap keprihatinan dan tanggungjawab terhadap masyarakat. Acara seperti ini dilaksanakan setiap tahun bagi membantu perkhidmatan transfusi darah HUSM di samping mengeratkan kerjasama dan hubungan dua hala kedua dua pihak.











