TUDM BUKIT IBAM

SKN 322 BUKIT IBAM

 

SEJARAH AWAL PENUBUHAN

Pada awal penubuhan Skuadron ini, satu Tim Pendahuluan telah diberi mandat untuk melaksanakan kerja-kerja mengambilalih kompleks sementara menunggu perjawatan sebenar diluluskan oleh pihak Kementerian. Tim Pendahuluan ini telah diketuai oleh Mej Suppramaneam a/l Kumaravehlu TUDM selaku Pegawai Memerintah dan Ketua Cawang Operasi, Kapt Esahim TUDM selaku Ketua Cawang Tadbir, Lt Sim Kar Hwa TUDM selaku Ketua Khidmat Materiel dan Lt Muhammad Yani TUDM sebagai Ketua Flait Kejuruteraan. Tim Pendahuluan telah mula menduduki Skn 322 TUDM Bukit Ibam pada 23 Julai 1993 dengan kekuatan anggota seramai 54 orang. 

 

LAMBANG SKN 322 SERTA COGANKATA

KEPALA BURUNG HELANG PUTIH. Melambangkan semangat keberanian dan ketegasan anggota TUDM. Penumpuan matanya yang tajam pasti akan memerangkap objek melambangkan litupan radar yang mengawasi ruang udara Malaysia.

PAPARAN RADAR. Melambangkan dengan jelas fungsi utama Skn 322 sebagai sebuah Skuadron Operasi Radar.

WARNA

KUNING. Melambangkan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bagi anggota TUDM berjuang di bawah panji-panji Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

BIRU. Melambangkan warna asas langit dan merupakan warna bendera TUDM yang membawa erti kesetiaan anggota TUDM terhadap pemimpin-pemimpinnya yang sentiasa berkhidmat berteraskan semangat kerjasama dan perpaduan.

PUTIH. Melambangkan kesucian dan ketulusan anggota TUDM berkhidmat dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab berlandaskan agama.

 

COGANKATA

TANGKAS MENGESAN. Memberikan erti keupayaan dan kecekapan Skuadron mengawasi ruang udara dalam operasi pertahanan udara.