Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM mendahului senarai penerima vaksin bagi TUDM sempena Program Imunisasi COVID-19 Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia yang dilaksanakan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan hari ini.
Kepimpinan Tertinggi TUDM yang turut menerima suntikan vaksin untuk imunisasi COVID-19 pada hari ini ialah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato' Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM; Panglima Bantuan Udara, Lt Jen Dato' Muhamad Norazlan bin Aris TUDM dan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mej Jen Mohd Shahada bin Ismail TUDM.
Selain itu, peringkat pertama penerima suntikan vaksin tersebut turut melibatkan warga TUDM yang dikenalpasti untuk diberikan keutamaan terutama melibatkan petugas barisan hadapan. ATM telah menerima ketibaan kumpulan pertama vaksin COVID-19 pada hari Isnin, 22 Feb 2021 selepas Malaysia menerima penghantaran pertama Fasa 1 vaksin COVID-19 keluaran syarikat Pfizer dan BioNTech pada hari Ahad, 21 Feb 2021 baru-baru ini.
Semoga dengan adanya vaksin ini, ianya akan memberi impak yang besar kepada usaha kerajaan dalam mengawal penularan jangkitan COVID-19. Lindung Diri, Lindung Semua.