PENYERAHAN WANG YURAN KEAHLIAN KSSKA BAGI TAHUN 2020 SERTA SUMBANGAN ASAS DAN GERAN SEPADAN TAHUN 2021

1 2 3
4 5 6

 

Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM selaku Yang Dipertua (YDP) Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM (KSSKA) telah menyempurnakan penyerahan cek yuran keahlian KSSKA bagi tahun 2020 serta sumbangan asas dan geran sepadan tahun 2021 kepada semua wakil perkhidmatan dan penerima faedah di pejabat beliau hari ini.

Wakil daripada setiap perkhidmatan dan penerima faedah yang hadir menerima “mock up cheque” adalah Mej Jen Dato' Pahlawan Hj Chapiti bin Hj Redzwan, Ketua Jurutera Markas Tentera Darat; Laksamana Pertama Abd Halim bin Hj Shaari TLDM, AKS Tadbir Markas Tentera Laut; Brig Jen Hj Mohd Suhaimi bin Hj Sahri TUDM, AKS Tadbir Markas Tentera Udara; Lt Kol Hj Mohamad Nizam bin Hj Abdul Manap Pemangku Pengarah Sekretariat MATM; Lt Kol Azlinda binti Ab Rahmah, PS 1 BAKAT ATM dan Mej Subarao a/l Poliah TUDM, PS 2 MSAT.

7

Penyerahan wang yuran keahlian KSSKA bagi tahun 2020 serta sumbangan asas dan geran sepadan tahun 2021 adalah merupakan saluran peruntukan kewangan bagi kegiatan sosial, sukan dan kebajikan melalui markas perkhidmatan kepada pasukan/unit di bawah tanggungjawab masing-masing sesuai bertepatan dengan matlamat penubuhan kelab. Selain itu antara matlamat lain penubuhan kelab adalah melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan melalui badan-badan kebajikan sama ada melalui badan kebajikan perkhidmatan, unit, BAKAT ATM atau badan-badan agama ahli-ahli kelab, memupuk dan memperkukuhkan hubungan di kalangan ahli-ahli kelab serta menyemarakkan perasaan muhibah dan persefahaman di kalangan ahli-ahli kelab.