![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 10 Ogos 2026 β Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datoβ Sri Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM telah menerima kunjungan hormat persaraan daripada Ketua Inspektor Kemalangan Udara, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Brig Jen Tan Chee Kee TUDM di pejabat beliau hari ini.
Kunjungan tersebut berlangsung dalam suasana penuh mesra sebagai tanda penghargaan dan penghormatan sempena persaraan Brig Jen Tan Chee Kee TUDM dalam perkhidmatan.
Dalam pertemuan tersebut, Timbalan Panglima Tentera Udara merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih atas segala jasa, sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Brig Jen Tan Chee Kee TUDM sepanjang tempoh perkhidmatan beliau kepada ATM amnya dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) khususnya.






