![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 11 Ogos 2026 – Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menerima kunjungan hormat persaraan daripada Brigedier Jeneral Tan Lai Hock TUDM di pejabat beliau, hari ini.
Dalam pertemuan berkenaan, Panglima Tentera Udara menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, komitmen serta pengorbanan yang telah dicurahkan oleh Brigedier Jeneral Tan Lai Hock TUDM sepanjang perkhidmatan, khususnya dalam menyumbang kepada pembangunan organisasi serta memperkukuh kesiagaan dan keupayaan TUDM.
Panglima Tentera Udara turut mendoakan agar beliau sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan kejayaan dalam menempuh lembaran baharu kehidupan selepas persaraan. Jasa serta khidmat bakti beliau akan terus dikenang sebagai sebahagian daripada legasi kecemerlangan TUDM.






