![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 13 Ogos 2025 – Timbalan Panglima Tentera Udara (TPTU), Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada bakal Atase Pertahanan di Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, Rusia iaitu Kol Effendy bin Jalani TUDM di pejabat beliau hari ini.
Dalam pertemuan ini, TPTU turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat menjalankan tugas dengan professional serta memikul amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya agar sentiasa cemerlang sebagai wakil Angkatan Tentera Malaysia khususnya dan negara amnya.