![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 13 Ogos 2025 - BAKAT Udara telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Kraf Tangan BAKAT ATM Tahun 2025 yang telah dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Ababil, PU Subang.
Bertemakan “Kain Jute”, perasmian pertandingan telah disempurnakan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Puan Sri Hjh Risia binti Sheikh Ali Omar Bajarai. Turut hadir adalah Pengerusi Jemaah BAKAT Laut, Puan Sri Zamzelina binti Ahmad, Pengerusi Jemaah BAKAT Udara, Datin Sri Hajah Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor dan Pengerusi BAKAT MK ATM, Datin Noor Ainy binti Hj Mohd Ali.
Sebanyak 8 pasukan telah menyertai pertadingan pada tahun ini terdiri daripada 2 pasukan BAKAT Darat, BAKAT Laut, BAKAT Udara dan BAKAT MATM. Pertandingan ini telah diadili oleh juri yang berpengalaman yang diketuai Prof Madya Dr Hajah Basitah Taif, daripada UITM Shah Alam, Datin Siti Khalijah binti Abd Aziz, Puan Aida Shazlin binti Shaharom dan Puan Hajah Sandra Samad.
Pasukan BAKAT Udara telah diwakili oleh Puan Shazny Adreena Nor binti Zainol Abidin dan Puan Fitriani Rabby selaku pasukan 1. Manakala Puan Nurul Diana binti Abdullah dan Puan Norainin binti Embong selaku pasukan 2.
Keputusan Akhir Pertandingan Kraf Tangan BAKAT ATM Tahun 2025 adalah seperti berikut:
a. Johan - BAKAT MK ATM 2
b. Naib Johan - BAKAT MK ATM 1
c. Ketiga - BAKAT Darat 1
d. Keempat - BAKAT Udara 2
e. Kelima - BAKAT Udara 1
f. Keenam - BAKAT Laut 2
g. Ketujuh - BAKAT Laut 1
h. Kelapan - BAKAT Darat 2
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah mempamerkan kreativiti serta kemahiran tinggi dalam menghasilkan kraf tangan. Pertandingan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengasah bakat seni kraf, malah mengeratkan ukhuwah antara ahli BAKAT dari seluruh perkhidmatan ATM.