TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA MENYEMPURNAKAN PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI KANAN TUDM

1 2 3
4 5 6

 

KUALA LUMPUR, 30 Ogos 21 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada 10 orang Pegawai Kanan TUDM berpangkat Mejar TUDM yang dinaikkan pangkat ke Pemangku Leftenan Kolonel TUDM, hari ini.
Pegawai Kanan TUDM yang dinaikkan pangkat dan memegang perjawatan baharu adalah:

1. Mej Mohamad Asri bin Shafie TUDM dan memegang jawatan sebagai PS 1 P4 di Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan, BSEP;

2. Mej Zakbah bin Yaakop TUDM dan memegang jawatan sebagai PS 1 Kesiagaan Echo di MTU-Inspektorat;

3. Mej Mohd Hedzri bin Omar TUDM dan memegang jawatan sebagai PS 1, C4ISR di Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan, BSEP;

4. Mej Mohamad Nor Azlan bin Ab Rahim TUDM dan memegang jawatan sebagai Ketua Cawangan di Joint Airspace Management and Coordination Centre (JAMCC);

5. Mej Ahmad Sanusi bin Ali TUDM dan memegang jawatan sebagai PS 1 Perundangan di MTU-Bahagian Operasi dan Strategi;

6. Mej Abd Rahim bin Ahmad TUDM dan memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah Pusat Hospitaliti Tentera Udara;

7. Mej Mohd Baharyzal bin Bahrudin TUDM dan memegang jawatan sebagai PS 1 Pinjaman Perumahan di MATM BPA CSA;

8. Mej Mohd Zaki bin Mohd Noor TUDM dan memegang jawatan sebagai PS 1 Sekretariat Charlie di MTU-Sekretariat;

9. Mej Zaharudin bin Che Zahari TUDM dan memegang jawatan sebagai PS 1 Pendakwaan, Seksyen Pendakwaan CPM, MTU-Tadbir dan

10. Mej Norsuhana binti Abdul Majid TUDM dan memegang jawatan sebagai PS 1 Un-dang-Undang di MATM BPA CSA.

Upacara pemakaian pangkat turut disaksikan oleh Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato' Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM dan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mej Jen Mohd Shahada bin Ismail TUDM serta beberapa Pegawai Kanan TUDM.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada semua Pegawai Kanan TUDM yang telah dinaikkan pangkat Leftenan Kolonel TUDM. Semoga pengiktirafan dan kepercayaan pimpinan tertinggi TUDM khususnya dan ATM amnya dengan kenaikan pangkat ini menjadi semangat untuk terus berkhidmat dan meneruskan kecemerlangan organisasi.