"SOAR FURTHER,RISING TOGETHER" TEMA YANG DIANGKAT UNTUK FIXED WING AIR MOBILITY AND MARITIME FORCE (FWAMMF) SEMINAR 2023

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12
13 14 15
16 17 18
19 20 21
22 23 24
25 26 27
28 29 30
31 32 33

 

SEREMBAN - Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Masro bin Kaliwon TUDM telah merasmikan pembukaan FWAMMF Seminar 2023 yang bermula pada 6 Sep 23 hingga 8 Sep 23. Seminar ini turut dihadiri oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM; Ketua Staf Markas Wilayah Udara 1, Brig Jen Dato’ Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM; Timbalan Ketua Staf MPOU, Mej Jen Datuk Yee Yit Hong TUDM serta Pegawai-Pegawai Kanan /Pegawai-Pegawai daripada Markas, Unit serta skuadron di bawah naungan TUDM dan ATM.

Panglima Tentera Udara turut mengadakan sesi dialog yang juga disertai Panglima Bantuan Udara bersama para peserta FWAMMF Seminar 2023 dan memberi motivasi serta mengupas beberapa isu yang timbul di peringkat taktikal dan operasi semasa.

Seminar yang berlangsung selama tiga hari ini dikoordinasikan oleh Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU). Seminar ini telah mencapai matlamatnya untuk berkongsi pandangan serta pendapat daripada pelbagai lapisan anak kapal pesawat angkut/maritim sejajar dengan temanya pada kali ini iaitu "Soar Further, Rising Together". Selain daripada itu, platform seminar kali ini bertujuan sebagai elemen untuk mengenal pasti jurang di dalam peringkat operasi dan cabaran semasa untuk mencapai Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 atau dikenali sebagai “RMAF CAP 55” seterusnya membincangkan inisiatif dan idea di peringkat strategik, operasi dan taktikal untuk diimplementasikan pada masa hadapan.

Seminar yang menghimpunkan para pegawai khususnya dari fleet angkut/maritim telah memberi impak positif dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta sebagai platform ke arah perancangan hala tuju serta mencapai kesepakatan bersama demi mencapai misi dan visi yang telah ditetapkan.