SEMINAR HELIKOPTER TUDM TAHUN 2021

240584713 233298788841596 8502040716358854252 n 240531245 233298842174924 5242122744965160198 n 241215792 233298892174919 1401016183650472893 n
241180355 233298945508247 1975114321345569326 n 242732310 233298992174909 6621583911623972870 n 241504114 233299048841570 7582694742846198524 n
241331940 233299195508222 5672038099919626971 n 240675831 233299255508216 2544955339789823020 n 241521926 233299308841544 1228105688963071741 n
241198317 233299375508204 6872188097628647913 n 242414433 233299415508200 2548421192938066382 n 240520625 233299468841528 4444671371249688825 n

 

BENTONG , 9 Okt 21 - Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah hadir bagi sesi dialog sempena Seminar Helikopter TUDM tahun 2021 dan menyempurnakan penutup seminar tersebut. Seminar yang diadakan bermula dari 6 hingga 8 Oktober 2021 telah disertai daripada pelbagai peringkat anak kapal helikopter TUDM melibatkan peringkat Strategik, operasi dan taktikal (strategic, operational & tactical).

Panglima Tentera Udara dalam ucapan penutup berharap agar seminar helikopter pada tahun ini dapat menghasilkan resolusi terbaik dalam memastikan pembangunan dan hala tuju fleet helikopter TUDM berada di landasan yang tepat bagi menyokong TUDM untuk terus relevan mengikut perkembangan semasa (teknologi, geo-strategik dan strategi ketenteraan serta memastikan kesiagaan pengoperasian pesawat helikopter sentiasa berada di tahap yang optimum dalam melaksanakan misi dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih efisien.

Beliau juga berharap seluruh warga TUDM mempunyai sifat cinta dan sayangkan TUDM serta sentiasa berusaha untuk menjadikan TUDM sebagai sebuah organisasi yang terbaik. Warga TUDM juga harus sentiasa mempamerkan prestasi yang mampan dari segenap segi, menjadikan nilai teras TUDM sebagai pegangan di dalam melaksanakan tugas harian dalam usaha memperkasa serta menjadikan TUDM mempunyai prestijnya yang tersendiri.

Seminar Helikopter TUDM yang bertemakan ‘TOGETHER TOWARDS EXCELLENT’ telah menggariskan 3 objektif utama bagi hala tuju seminar pada tahun ini iaitu:

1. 'To empower Helicopter Fleet streamline with CAP 55 and Defence White Paper';

2. 'To enhance variant knowledge among the helicopter crew throught experience and knowledge sharing' dan

3. 'To develop enthusiasm and devotion among the RMAF helicopter crew'.

Perasmian Seminar Helikopter TUDM 2021 telah dirasmikan oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mej Jen Mohd Shahada bin Ismail TUDM selaku Trade Master Fleet Helikopter TUDM pada 6 Okt 21. Dalam intipati ucapan pembukaan, beliau mengharapkan Seminar Helikopter pada edisi kali dapat memberikan resolusi dan ketetapan yang jelas bagi hala tuju Fleet Helikopter TUDM seiring dengan pelan pembangunan keupayaan TUDM 2055 atau RMAF CAP55.

Di antara pengisian program ialah taklimat yang disampaikan oleh beberapa panel jemputan bagi mencapai objektif seminar dan pendedahan yang lebih bermanfaat. Pengarah MTU-Perundangan, Kol Dr Norazrin bin Shamsudin TUDM telah memperjelaskan berhubung “Malaysia Maritime Nation (Law of The Sea)”. Para peserta telah diberi penerangan dengan lebih jelas berkaitan dengan UNCLOS serta Zones under sovereign right-Regime of EEZ and Continental Shelf.

Selain itu, para peserta turut diperjelaskan dengan topik “Defence White Paper (DWP) – Chapter 4 Future Force” yang telah disampaikan secara video conference (VC) oleh Prof. Madya Dr. Adam Leong Kok Wey, Timbalan Pengarah (Penyelidikan) di Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa (CDiSS), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Beliau telah menerangkan struktur utama dalam DWP serta kupasan tentang Angkatan Masa Hadapan.

Seminar Helikopter TUDM 2021 telah mencipta kelainan penganjurannya pada kali ini kerana ianya turut disertai oleh wakil dari lain-lain ketukangan TUDM dan juga wakil daripada Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) serta Tentera Laut Diraja Malaysia (KD Rajawali) agar dapat menambahkan buah fikiran serta berkongsi perspektif dari sudut yang berbeza. Secara tidak langsung, ianya dapat meningkatkan lagi kesefahaman dan kebolehoperasian (interoperability) sebagai sebuah angkatan yang ampuh.